SELAMAT TINGAL !

12.19.06 (11:43 pm)   [edit]
Setelah blog ini beroperasi hampir 2 tahun saya mungkin akan berpindah 'rumah' kerana sebab tertentu. banyak coretan yang telah dilakukan disini, disebabkan tidak mahu ada 'conflict of interest' saya terpaksa berpindah dan menukar 'haluan' penulisan yang tak seberapa ini. Antara sebab lain saya berpindah ialah tblog sukar untuk masukan gambar dan perlu proses yang panjang. Alamat terbaru rumah saya: http://pemancing.blogspot.com...

selamat berpuasa !

09.25.06 (11:56 pm)   [edit]

Assalamualaikum ! Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada para pembaca teh tarik dot com.Masa berlalu dengan begitu pantas.Semakin hari usia semakin meningkat.Kehidupan semakin dipenuhi dengan cabaran. Walauapa pun kita mesti terus berjuang demi untuk hidup.

Memancing

Cerita tentang aktiviti bulanan aku ni.sekrang aku suka ke kolam kelana jaya. Memancing disana cukup murah cuma RM 8.00 dari jam 3 petang hingga 3 pagi.Memang best lah.

Re Match di Tasik Subang Jaya

07.26.06 (9:06 am)   [edit]
Hampir saban minggu kaki melangkah ke tasik subang jaya.Setelah menumpaskan beberapa ekor talapia,kerapu tasik dan juga peacock bass.Hati masih belum puas.Lantaran memendam rasa sekian lama.Hujung minggu ini merupakan saat yang sangat di nanti dan ditunggu. Segala peralatan sudah siap dan menunggu waktu dan ketika. Awas kemunculan !

jom mancing

07.12.06 (8:03 am)   [edit]
lama dah rasanya tidak menulis.Entah dah lari kawan kawan di alam maya ni. Walau apapun Semenjak ada kerja baru dan juga dah jadi abah ni ternyata masa berputar dengan cepat. Banyak perkara berlaku sejak kebelakangan ini. Cuma antara perasan atau tidak atau .... malas nak layan. Bab politik apa tah lagi. Sekarang ni aku sudah cukup berpuas hati. DSAI sudah lepas dan beliau mengembangkan sayap keserata dunia.Manakala Tun Mahathir pula semakin giat dengan agenda "pembangkangnya". Ini lah sebenarnya harus berlaku kepada negara, maksud saya yang benar tetap benar yang salah tetap salah.Baru lah negara akan hidup subur.Dalam agama pun ada sebut "berkata benar walau pahit" Kalau orang tegur kita mesti berubah. Ini bab politik lah, rasa malas dah nak tulis dah.Sebab telah wujud keseimbangan.Media pun sudah cukup wajar dalam melaporkan berita dan berani untuk menyebelahi rakyat. Sebenarnya yang penting adalah rakyat dan pemimpin berkerja untuk rakyat.Sebabnya mudah saja pemimpin itu dipilih oleh rakyat.Jadi segala tindak tanduk pemimpin senantiasa mendapat perhatian rakyat. Rakyat juga sudah cukup bijak.Tak perlu lagi mempertikaikan tahap pemikiran rakyat. Namun kalau ikuti isu antarabangsa pula aku sayu mengenangkan palestin.Namun didalam hati tetapkuat mengatakan bahawa yahudi akan tumbang jua, sebab Allah dah janji dalam Al-Quran. Lepas ni aku nak banyak la tulis tentang family aku je.sekarang ni nak fokus pada keluarga dan kerjaya je. Kepada pembaca blog aku ni.harap tak boring ler dengan kerenah aku hehehehe. Walau apapun !!!!!!!!!!!!! Kini aku dah ada 3 set memancing yang lengkap.Semua peralatan juga lengkap. Kalau sesiapa berminat nak join aku jom kita ke Tasik Subang Jaya minggu ni. Kalau ada photo menarik akan aku letakan dalam blog nih Anyway blog ni dah berusia 3 tahun dan sudah mempunyai 50,000 orang pengunjung setakat ni !

Putera Sulung

06.29.06 (10:20 am)   [edit]
Putera Sulung

AHMAD AIMAN HAKIMI TELAH LAHIR KE DUNIA !